Walaupun sudah menetapkan bakal mendirikan rumahtangga pada bulan September ini, pelakon kacukan Melayu-Cina-Pakistan, Fouziah Gous, 30, masih belum menetapkan kata putus berkenaan tarikh pernikahannya kelak.
Ini berikutan, dirinya masih menunggu kata putus dari abangnya mengenai perkara tersebut.
“Setakat ini dah nak mula persiapan sikit-sikit. Tapi kami semua belum putuskan tarikh sebenar. Kalau ikutkan tempat untuk majlis pun memang dah tak ada, semua dah di’booking’. Tapi saya dan Zhaf tak kisah nak buat kat mana pun sebab soal tempat itu kami boleh fikirkan. Cuma sekarang ni pasal tarikh, saya hanya menunggu keputusan daripada abang saya yang kedua.
“Dia sebenarnya akan berpindah sementara ke Amerika Syarikat untuk menguruskan perniagaannya di sana tak lama lagi. Jadi saya akan berkahwin sebelum dia berpindah ke sana. Sekarang ini saya tengah tunggu jawapan dia, kalau dia cakap ‘on’, kami akan kahwinlah secepatnya. Saya nak juga abang saya ada di sini masa hari pernikahan kami nanti. Apapun, InsyaAllah, saya dan Zhaf akan kahwin dalam tahun ini juga,” katanya kepada Malaysian Digest.
Sebelum ini, Fouziah pernah digosipkan menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang VVIP, namun ternyata itu hanyalah khabar angin semata-mata selepas dirinya mengambil keputusan bertunang dengan jejaka pilihannya, seorang ahli perniagaan, Zhafran Yusof, 30, pada 1 Jun lalu bertempat di restoran Bora Asmara, Sungai Penchala.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment