Hattan, Bekas Isteri Ariani Pamer Kemesraan

Hattan

PADA 29 Jun lepas, anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Siti Hani Nurzana Harmi atau Hanny, 31, selamat bergelar isteri kepada adik kepada penyanyi Hattan, Shamsul Akmar Sahabudin, 33.
Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang.
Pada majlis berkenaan Hanny menerima wang hantaran RM20,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran bermuat cincin berlian, telekung, set wangian, beg tangan, kasut kain dan dan sirih junjung.
Sementara pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran antaranya al-Quran dan sejadah, jam, kasut, set wangian, kek, buah-buahan dan sirih junjung.
999017_10152300200889240_1100298681_n
Sebilangan rakan artis dilihat turut mengunjungi majlis yang diacarakan oleh Azwan Ali ini. Antaranya Adlin Aman Ramli serta isteri, Emelda Rosmila, Memey, Salina Saibi serta Aspalela Abdullah.
Hani dan Shamsul akan mengadakan resepsi sebelah lelaki di Sri Menanti, Negeri Sembilan pada 6 Julai ini.
Apa yang menarik, Hattan kelihatan sungguh rapat dengan bekas isteri, Ariani sepanjang majlis berlangsung. Nampaknya apa yang dirancang Hattan untuk berkahwin semula dengan Ariani atau nama sebenarnya, Ariani Mohd Abidin pada 15 Ramadan depan mungkin jadi kenyataan.
Hattan pernah memberitahu rancangan kahwin ini kerana menurutnya, dia dan Ariani sudah melupakan apa yang berlaku antara mereka dan mahu bersama semula demi anak kesayangan, Adam Eiman, 15.
Hattan dan Ariani pernah bernikah pada 17 Disember 1997 dan bercerai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story