Lagakan Saya Dengan Shila Amzah Satu Taktik Kotor! – Hanez Suraya

Lagakan Saya Dengan Shila Amzah Satu Taktik Kotor! - Hanez Suraya

Nasib badan, sudahlah baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih hati si Awi Rafael, kini ada pula cerita tempelan dari pihak tertentu yang cuba membangkitkan nafsu pertelingkahan diantara 2 selebriti ini disebabkan hanya seorang lelaki.
Taktik kotor bagi melariskan hebahan murahan itu bagaimanapun sudah dihidu dari awal oleh Hanez Suraya apabila dia juga sedar ada pihak yang tidak bertanggunjawab cuba menyebarkan cerita lama diantara Awi Rafael & Shila Amzah sekaligus mengaitkan dirinya bagi mewujudkan pertelingkahan di antara mereka berdua.
Jelas Hanez “Putusnya hubungan saya dan Awi bukan disebabkan orang ketiga, tapi mungkin lebih kepada faktor kerjaya yang masing-masing sibuk ketika ini.”
ohartis-hanez-suraya-awi-rafael-putus-6
“Kalau ianya berkaitan dengan pihak ketiga mungkin dah ada perang besar antara Hanez dengan orang tu dekat mana mana. Cuma tu la, apa yang Hanez kesalkan adalah pihak tertentu yang cuba nak melaga lagakan saya dengan Shila Amzah. Katanya saya dah single Awi & Shila Amzah pun dah single juga jadi boleh la diorang ‘couple’ balik.”
“Cerita sebegitu yang diungkit kembali pada masa ini nampak sengaja dibuat macam yang Hanez cakap tadi nak melaga lagakan dengan Shila Amzah. Tak elok la buat macam tu ”
Ujar Hanez juga diantara dia dengan Awi Rafael pada ketika ini tidak lagi berhubung diantara satu sama lain kerana mahu mengambil pendirian untuk mendiamkan diri buat seketika dan membawa haluan hati masing masing,
“Hanez sebenarnya masih sayangkan Awi sebab hubungan kami sebelum ini memang terlalu rapat. Lagipun hubungan yang terjalin sebelum ini pun baru juga. Disebabkan itu bila ada yang tanya tentang cari penganti ni Hanez tak nak tergopoh gopoh. Hanez nak bagi masa untuk diri sendiri muhasabah tentang apa yang terjadi.”  - Buahmulut.com


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story