Menara Tinjau Ampang Tidak Akan Dibuka Semula

Menara Tinjau Ampang

SHAH ALAM – Menara Tinjau Ampang yang menjadi lokasi santai dan popular di kalangan penduduk Lembah Klang tidak akan dibuka berikutan terdapat pergerakan tanah di kawasan tersebut.
Perkara ini dijelaskan oleh Ahli Dun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong ketika menjawab pertanyaan Ahli Dun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz mengenai pembukaan semula menara tersebut semasa sesi sidang DUN Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke 13, di sini, hari ini.
“Kawasan menara tinjau tidak akan dibuka dalam masa terdekat kerana menerusi kajian Institut Kerjaraya Malaysia (Ikram) terdapat pergerakan tanah serta (Ikram) telah jalankan kajian yang melibatkan kawasan jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk menara tinjau di mana boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan sebagai tidak selamat,” katanya.
Oleh yang demikian, pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan kawasan tersebut serta membuat pemantauan cerun serta memberi syor dan cadangan yang boleh dibaiki untuk membaik pulih menara tinjau itu.
“Kita (kerajaan negeri) telah mengadakan mesyuarat (dengan pihak Ikram dan MPAJ) dan perkara ini masih dalam siasatan, keutamaan kita adalah untuk membaiki keadaan cerun yang menyebabkan kesesakan jalan.
Elizabeth turut menyatakan perniagaan yang dijalankan di sepanjang Menara Tinjau itu juga tidak akan dibuka semula berikutan faktor keselamatan yang diragui oleh pihak berwajib.
Oleh: JULIANA JOHAR

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story