New York – Kerana terlampau taksub dengan cerita hantu, seorang wanita sanggup mengumpul 500 anak patung yang kemudiannya dimekapkannya dengan wajah menakutkan dan diubah suai agar menjadi seolah-olah anak hantu.
Marilyn Mansfield, 34, turut menyediakan sebuah bilik khas untuk menempatkan patung-patung berkenaan dan ia turut dipakaikan dengan pakaian kanak-kanak serta diletakkan di dalam kereta sorong.
Menurut Marilyn, hobi peliknya itu bermula selepas dia menonton filem seram Chucky.
“Saya sentiasa sukakan patung Chucky. Dan ia sentiasa menjadi fantasi saya untuk memiliki anak patung yang mempunyai wajah menakutkan,’’ katanya.
Bagi menjadikan impiannya itu satu realiti, dia telah menggunakan bahan berwarna merah sebagai darah palsu dan turut mengoyak anak patung itu, bagi menjadikannya sebagai anak patung yang menyeramkan.
Koleksi anak patung itu bernilai beribu ringgit, malah ada yang mencecah hingga RM5,000.
Marilyn kini mula menerima tempahan anak patung hantu itu melalui dalam talian.
Hobi peliknya itu disiarkan dalam siaran National Geographic, Taboo.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment