Tak Sabar-sabar Nak Pegang Malaysia – DAP Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi


Guan Eng
GEORGETOWN – DAP berharap kesetiaan mereka dalam pembangkang akan diiktiraf dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata DAP mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung.
“Kita (DAP) terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada PAS dan PKR. DAP berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Setiausaha Agung pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di sini, sebentar tadi. – Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story