Lagu Indon Bukan Best Mana Pun – Kata Zed Zaidi



Minggu ini pembaca disajikan dengan isu di mana Pengerusi Seniman, Zed Zaidi telah ‘bercakaran’ dengan pelakon dan penyanyi dari Indonesia, Julia Perez.
Ini berikutan Julia (Jupe) yang membuat kenyataan bahawa drama Indonesia dikatakan lebih maju dari drama Malaysia.
Ironisnya, ketika itu Jupe sedang berada di Malaysia bagi melakonkan watak di dalam salah sebuah drama arahan Murali Abdullah.
Kata-katanya itu seperti ‘cakap tak serupa bikin’ kerana jika drama Indonesia lebih hebat, mengapa dia perlu ke sini untuk berlakon?
Kurang senang dengan kenyataan bodoh sombong itu, Zed Zaidi telah membangkitkan mengenai isu permit kerja Jupe ketika datang untuk berlakon drama di Malaysia.
Hasilnya terbukti Jupe hampir setaraf dengan pendatang Indonesia yang sanggup menyeludup masuk ke negara ini untuk mendapatkan kerja agar anak bini mereka dapat makan yang cukup di Indonesia.
Jupe tidak memiliki permit kerja ketika berlakon.
Bagi mendapatkan kepastian mengenai susulan cerita mengenai permit kerja Jupe, Mynewshub.my telah menghubungi Zed Zaidi untuk mengetahui situasi sebenar.
Beliau semasa dihubungi ternyata agak emosi dan lantang berbicara mengenai soal permit artis luar yang bekerja di Malaysia.
Katanya, dia sudah menjalankan tugas sebagai ahli badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersuara manakala tindakan seterusnya harus dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Finas dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Tugas saya sebagai ahli NGO adalah untuk bersuara, itu hak saya sebab itu saya bising sana sini. Mereka tak boleh pertikaikan.
“Selepas itu yang lain-lain seperti tindakan harus dilakukan mereka (pihak berkuasa), tapi ada mereka buat?
“Bila ditanya kami akan menyiasat, kami akan menyiasat, tapi tindakannya mana?,” katanya di sini hari ini.
Tambah Zed Zaidi, dia bukan saja-saja nak membangkitkan isu itu, tetapi apa yang dilakukannya bersebab.
“Kita tengok amboi suka-suka je mereka (artis luar) datang ke Malaysia. Tapi kalau artis kita yang nak ke sana bagaimana pula?.
“Kita nak masuk sana punya susah, kena tunggu permitlah, itu ini, awak fikir adil ke tak?,” ujarnya.
Keadaan itu katanya, menyebabkan artis luar kini masuk dengan sesuka hati ke negara ini, berkerja tanpa permit dan pihak yang berkenaan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.
Menurutnya lagi, bila artis luar masuk Malaysia untuk membuat persembahan nyanyian atau lakonan ia sedikit sebanyak akan meningkatkan populariti mereka di sini.
Jadi, bagaimana pula dengan artis Malaysia? Oleh sebab itulah nanti artis lain mula merunggut kenapa mereka tidak popular di negara sendiri.
“Sebab orang-orang inilah yang mematikan sendiri martabat seni kita. Cakap lagu kita tak best la…lagu Indon lagi best.
“Mana tidaknya, sebenarnya bukan best sangat pun tapi kalau dah hari-hari pasang dekat radio tu lagu tak best pun akan jadi best!” katanya.
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story