Abby Abadi Lawat Anak Memey Di Hospital

Abby Abadi

Suatu ketika dulu kecoh juga media tempatan apabila pelakon dan kini bergelar penceramah bebas, Abby Abadi mengamuk sakan kerana bekas suaminya, Norman Hakim beralih cinta kepada Memey.
Tetapi semuanya telah berubah apabila Abby sudah boleh menerima hakikat dan dengan hati terbuka berjumpa Memey malah bergambar mesra lagi.
Mereka juga dikatakan pernah pergi bercuti bersama-sama.
Malah, baru-baru ini Abby telah melawat Memey dan Norman di atas kelahiran bayi sulung mereka di hospital.
Abby ada memuat naik gambar bayi berkenaan dengan caption baby Darwish lagi. Iaitu merujuk kepada anak Norman yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.
Melalui gambar itu, dapat dilihat Abby memegang Darwish dengan penuh kasih sayang.
Apa-apa pun semoga hubungan mereka terus kekal baik. Lagipun Norman juga mempunyai tanggungjawab ke atas anaknya semasa bersama Abby kan?
 Oleh: KASIH ISA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story