KUALA LUMPUR – Mayat Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus, yang terbunuh akibat terkena tembakan secara tidak sengaja di Lubnan, Sabtu lepas, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, esok.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata misi mereka untuk membantu keluarga mendiang membawa pulang mayat wartawan itu berjaya.
Beliau berkata adik mendiang Dora Theophilus, 36, serta seorang kenalan dan dua wakil brio Pemuda berangkat ke Beirut Selasa lepas untuk proses membawa pulang mayat mendiang.
“Mahkamah di Lubnan telah memberi kebenaran untuk melepaskan mayat dan barangan peribadi mendiang,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
“Kami juga menemui polis Lubnan yang menyiasat kejadian itu dan meneliti laporan mereka serta mendengar kenyataan rakaman percakapan saksi,” katanya.
Muhammad Khairun turut mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Beirut dan konsulat Wisma Putra atas kerjasama masing-masing dalam urusan membawa pulang mayat mendiang.
Dalam kejadian tersebut, Claudia, 42, yang bertugas dengan rangkaian berita antarabangsa berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakannya di pergunungan Baakleen, Lubnan. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment