Saman ‘Bekas Pakwe’ Kerana Hutang Dan Facebook, Mahkamah Tolak Permohonan Jurutera

Saman 'Bekas Pakwe' Kerana Hutang Dan Facebook, Mahkamah Tolak Permohonan Jurutera

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak saman fitnah yang difailkan seorang jurutera terhadap bekas teman lelakinya, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Bagaimanapun, Hakim Jumirah Marjuki memerintahkan Leftenan Efftizal Hazrie Roslan membayar sejumlah A$1,468 atau RM4,741 kepada Nur Shairah Ishak sebagai pembayaran balik wang yang dipinjamkan kepada ibu bapa Efftizal Hazrie sepanjang perkenalan lima tahun bermula 2005.
Jumirah membuat keputusan terbabit di dalam kamar dengan dihadiri peguam Fazlena Noorwati Rahmat yang mewakili Efftizal Hazrie (defendan) dan Fatihah Iliani Jamhari bagi pihak Nur Shairah (plaintif).
Fazlena Noorwati memberitahu pemberita bahawa mahkamah tidak membenarkan tuntutan perbelanjaan lain kerana tiada perjanjian sah dan kos akan ditaksir kemudian.
Jumlah gantirugi terbabit adalah mengikut tukaran ketika kejadian iaitu A$1 = RM3.23.
Pada 30 Ogos tahun lepas, Nur Shairah, seorang jurutera dan penduduk tetap Australia memfailkan saman fitnah terhadap bekas teman lelakinya itu kerana mendakwa dimalukan di laman sosial Facebook.
Beliau menuntut pembayaran balik hutang peribadi RM103,955, ganti rugi am bagi fitnah, faedah dan kos.
Mengikut pernyataan tuntutan, Nur Shairah mendakwa dalam tempoh perhubungan, mereka sering berjumpa sama ada di Malaysia, Australia atau New Zealand.
Beliau mendakwa sepanjang 2005 hingga 2010, mereka sering bercuti bersama dan hampir kesemua perbelanjaan termasuk tiket penerbangan, tiket bas, tiket konsert, sewa hotel penginapan, sewa kereta dan perbelanjaan lain ditanggung olehnya.
Nur Shairah berkata, kesemua pembayaran dibuat atas dasar kesefahaman kedua-dua pihak bahawa Efftizal Hazrie akan membayar semula separuh dari jumlah perbelanjaan terbabit kemudian hari.
Nur Shairah berkata, beliau menyimpan semua rekod dan resit perbelanjaan untuk menuntut kembali keseluruhan yang sudah dikeluarkan.
Sementara itu, menerusi pernyataan pembelaan Efftizal Hazrie, beliau mendakwa tiada sebarang perjanjian dan beliau tidak pernah meminta Nur Shairah mendahulukan wangnya untuk sebarang perbelanjaan.
Katanya, hubungan mereka berdua berakhir pada tahun 2010 apabila Nur Shairah mendakwa dia mempunyai teman wanita lain.
“ Saya tak selesa sebab dia asyik minta saya datang ke Australia untuk bertemu dengannya sedangkan saya tak cukup duit untuk beli tiket kapal terbang. Dia tidak percayakan saya,” katanya.
Efftizal Hazrie menambah, dia tidak sangka yang Nur Shairah akan menuntut semua perbelanjaan itu sambil menegaskan yang dia tak mungkin jatuh cinta dengan orang yang ‘berkira’. -Mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story