Pelukis Tatu Cetus Kontroversi Lagi

Rouslan Toumaniantz

Belgium – Seorang pelukis tatu yang melukis 56 tatu bintang di muka seorang gadis ketika dia sedang tidur, kali ini mencipta kontroversi lagi.
Kali ini ,Rouslan Toumaniantz mencacah tatu bertulis namanya di muka seorang gadis, kurang 24 jam selepas mereka bertemu.
Namun kali ini, Lesya Toumaniantz, dari Moscow, Russia, membenarkan lelaki tersebut menulis perkataan `Ruslan’ di seluruh mukanya atas dasar cinta.
“Ia merupakan simbol kepada cinta abadi kami berdua. Saya mahu dia mencacah seluruh badan saya,” katanya yang bercadang mengahwini lelaki berkenaan.
Pasangan berkenaan bertemu melalui internet.
Rouslan sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana telah mengacah muka Kimberley Vlaeminck, 18, dengan 56 tatu di mukanya walaupun gadis itu hanya meminta dia melukis tiga tatu sahaja.
Kejadian itu berlaku ketika Kimberley terlelap di studio milik Rouslan di Belgium.
“Ia amat menakutkan kerana saya tidak berani keluar. Selain memalukan, wajah saya juga amat hodoh,” kata Kimberley yang terpaksa mendapatkan rawatan laser untuk membuang tatu tersebut


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story