Wartawan Malaysia Claudia Theophilus Mati Ditembak Di Lebanon

claudia

Wartawan Malaysia yang berkerja sebagai Penerbit Bahasa Inggeris Al-Jazeera On-line yang beribupejabat di Qatar, Claudia Theophilus, 42, ditembak mati di Baakleen, kawasan pergunungan di Lebanon pukul 2.30 pagi (waktu Lebanon), semalam.
Beliau ketika itu bersama dua lagi individu dipercayai rakannya. Salah seorang rakan berkenaan membuat laporan kepada polis negara berkenaan yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada Kedutaan Malaysia.
Polis tempatan telah menahan dua orang yang bersama mangsa bagi soal siasat dan siasatan awal mendapati ia mungkin berpunca dari kemalangan.
Ketika dihubungi, Duta Malaysia, Ilango Karuppannan mengesahkan kematian Claudia tetapi butiran kejadian masih lagi samar.
Beliau memberitahu akhbar The Star, mayat Claudia telah dibawa ke hospital di Baakleen dan bedah siasat telah dilakukan.
“Kami dalam perjalanan ke sana sekarang,” katanya.
Menurut beliau, apa yang diketahui setakat ini ialah Claudia dipercayai mungkin sedang bermain dengan senjata api sebelum salah satu daripadanya meletup dan peluru mengenai dirinya.
Mendiang pernah berkerja untuk akhbar The Sun dan Malaysiakini.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story