Neelofa Dan Tasha Shilla Sudah Berdamai

Neelofa dan Tasha Shilla Sudah Berdamai

Suatu ketika dulu kecoh apabila dilaporkan pelakon dan pengacara kontroversi, Neelofa mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla dalam Anugerah Bintang Popular 2011 menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular.
Walau bagaimanapun, hubungan mereka sudah semakin baik apabila Neelofa menyifatkan Tasha seorang yang sangat profesional dan bukan seorang yang bersifat pendendam.
Memetik laporan portal hiburan Murai, kedua-dua aktress cantik itu buat pertama kalinya telah bertembung secara tidak sengaja di perkarangan TV3 ketika rakaman siaran langsung Wanita Hari Ini diadakan dan menariknya tiada sebarang pergaduhan berlaku di antara mereka. Sebaliknya, kedua-duanya telah bertanya khabar secara mesra, seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka sebelum ini.
“Setelah setahun berlalu dengan macam-macam cerita di antara Lofa dan Tasha Shilla, akhirnya kami bertemu buat kali pertama. Kami telah bertembung di tengah jalan dan sama-sama berhenti dan menyapa antara satu sama lain secara spontan.
“Kami bertanya khabar sebentar dan masing-masing beredar kerana Tasha ada rakaman. Selepas semua rakaman selesai kami berjumpa lagi sekali dan berborak lebih panjang. Tasha turut mengucapkan ‘good luck’ kepada Lofa diatas pencalonan di ABPBH tahun ini.
“Lofa sangat menghormati cara dan respon daripada Tasha yang pada Lofa sangat profesional dan menampakkan bahawa dia bukan seorang yang pendendam. Lofa juga turut berkali-kali mengucapkan maaf di atas apa yang telah berlaku dan diatas kata-kata yang Lofa keluarkan pada ketika itu.
“Hal itu telah menjadi satu pengajaran yang besar buat Lofa untuk lebih mengenali industri hiburan dan status sebagai seorang selebriti,”ceritanya yang gembira setelah bersemuka dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun perkara ini berlalu.
Lofa jugamenjelaskan dia tidak menghiraukan cakap-cakap atau buah mulut yang terus mahu melaga-lagakan dia dengan selebriti lain. Bagi Neelofa, selagi dia dan pihak lagi satu jelas bahawa mereka tiada sengketa, itu sudah cukup dan tidak perlu pedulikan individu yang mahu melaga-lagakannya dengan sesiapa.
Baguslah kalau begitu. Dua-dua sudah berbaik kerana industri kita ini tidaklah besar mana, pusing-pusing jumpa muka yang sama. Semoga kedua-dua aktress ini terus sukses dalam karier yang diceburi mereka.
Oleh: SITI JULIANA MOHD JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story