” Bagi yang tidak mengenali saya, saya sebenarnya bukanlah seorang penjual karpet…juga bukan pekerja mamak 24 jam di Malaysia,”
Mana mungkin kita lupa mukadimah pemidato dari Afghanistan, Sebghatullah dalam Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Melayu tahun lalu.
Dan mulai 16 Februari ini, lebih 20 peserta dari seluruh dunia akan berkampung sekali lagi untuk menyertai acara yang ditunggu-tunggu oleh pencinta bahasa Melayu di negara ini.
Justeru itu tidak hairanlah, setiap kali PABM dianjurkan, jumlah individu yang memohonnya, terutama mereka yang datang daripada benua Eropah dan Asia Timur, semakin meningkat setiap tahun.
Jika diawal tahun penganjurannya, ramai peserta yang dikesan terlalu lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu mereka, kini tidak lagi.
Bahkan sekarang sudah ada peserta yang lebih fasih daripada orang kita sendiri!
Perkembangan media sosial seperti Facebook dan Youtube yang banyak memuatkan berita serta klip video pertandingan ini menambahkan lagi ‘keghairahan’ orang ramai untuk memasuki pertandingan pidato Bahasa Melayu yang paling berprestij ini…tambah-tambah lagi hadiah yang ditawarkan cukup lumayan, USD5,000 untuk mereka yang bergelar juara!
Pada tahun ini, acara saringan akan bermula pada 20 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 9 pagi dan acara kemuncak iaitu peringkat akhir akan diadakan keesokkan malamnya di tempat yang sama. Masuk adalah percuma.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir untuk menyampaikan amanat beliau dan seterusnya menyempurnakan upacara penyampaian hadiah.
Sekali lagi Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan diberi amanah untuk ‘mengemudi’ acara nasional ini.
AG Bestari Events Sdn Bhd pula dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM.
Untuk makluman, pertandingan dibahagikan kepada peringkat Saringan, Separuh Akhir dan Akhir.
Peringkat Saringan dibahagi kepada dua pusingan, iaitu Pusingan I dan Pusingan II.
Setiap peserta akan berpidato sebanyak dua kali pada peringkat saringan di hadapan panel juri yang berbeza bagi memberi peluang kepada mereka memperbaiki sebarang kelemahan.
10 peserta terbaik kategori Antabangsa dan lima peserta peserta terbaik kategori Nusantara akan dipilih ke peringkat Separuh Akhir.
Lima peserta terbaik kategori Antarabangsa dan tiga peserta terbaik kategori Nusantara akan dipilih ke peringat Akhir.
Jumpa di PICC!
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment