Stor Simpanan Ubat Perangsang Seks Diserbu

Ubat Perangsang Seks

KOTA BHARU — Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Kelantan menahan seorang lelaki berumur 62 tahun ketika sedang memunggah keluar ubat-ubatan perangsang seks dipercayai tiruan dan tidak berdaftar, dari sebuah stor di Wakaf Che Yeh di sini semalam.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, stor itu dipercayai menjadi tempat penyimpanan utama dan terbesar ubat-ubatan perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta peralatan seks, bagi pasaran negeri ini.
Hasil pemeriksaan, pasukan serbuan berjaya merampas 63 item pelbagai jenama ubat perangsang seks tiruan dan tidak berdaftar serta beberapa peralatan seks bernilai kira-kira RM15,706, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dr. Ahmad Razin berkata, lelaki terbabit dipercayai sedang memunggah ubat-ubatan itu untuk dipasarkan di sekitar kawasan Wakaf Che Yeh yang menjadi pusat tumpuan orang ramai membeli-belah khususnya di waktu malam.
Beliau berkata, serbuan yang dilakukan pukul 7.28 malam itu melibatkan 12 pegawai penguatkuasa farmasi dengan kerjasama anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.
Katanya, penggunaan ubat-ubatan peransang seks yang mengandungi “sildenafil” tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh mengakibatkan kesan sampingan amat berbahaya seperti tekanan darah rendah, sakit otot, gangguan pada perut, gangguan penglihatan, radang pundi kencing dan sesak nafas yang boleh membawa kematian.— BERNAMA
Sekdar Gambar Hiasan


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story