VIDEO: Perdana Menteri Muncul Dalam Iklan Televisyen Sempena Tahun Baru Cina

VIDEO: Perdana Menteri Muncul Dalam Iklan Televisyen Sempena Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membuat kejutan’ apabila muncul dalam sebuah iklan televisyen yang dituju khas kepada masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan tersebut.
Dalam iklan selama satu minit itu, Najib dilihat seolah-olah bermain gendang sambil diiringi muzik serta tarian naga.
Sebelum itu ditunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menyerahkan alat tersebut kepada beliau sambil bertanya;
” Adakah anda tahu memukul gendang?”
Untuk rekod,  Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukkan dana sebanyak RM100 juta dalam Bajet2013 selain peruntukkan RM100 juta untuk tahun lalu bagi pembinaan bangunan, penambahbaikan dan pengurusan sekolah jenis kebangsaan Cina.
Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan negara, katanya, kerajaan mengsasarkan untuk menambah jumlah guru berbahasa Cina bagi memenuhi permintaan para pelajar.
Bagi pelajar cemerlang di sekolah menengah jenis kebangsaan Cina pula, katanya, akan diberi biasiswa agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat selepas mereka tamat pengajian kelak.
” Masih banyak kerja yang perlu kita fokus pada 2013 dan saya akan sentiasa memastikan yang masyarakat Cina terus dibantu.
” Untuk itu, saya harap, masyarakat Cina di negara ini terus memberi sokongan kepada saya untuk mencapai matlamat ini.
” Akhir sekali, di atas semangat 1Malaysia, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya. - Mynewshub.my



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story