Mila Jirin Jadi Tauke Besar Restoran Thai

Mila Jirin

KUALA LUMPUR – Bermula dengan hanya menjadi pelanggan tetap di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi, Mila Jirin akhirnya mampu memiliki restoran itu sendiri mulai Januari 2013.
Memetik laporan Murai.com, hari ini, Mila memberitahu sebagai artis muda dia mahu melangkah jauh dengan bergelar usahawan.
“Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran.
“Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya,” katanya.
Tambahnya, restoran itu dibuka setiap hari bermula dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam.
Menjelaskan mengenai kariernya pula, Mila berkata, dia masih lagi aktif menyanyi dan baru saja muncul dengan lagu terbaru berjudul Cinta Kasih.
“Menerusi lagu Cinta Kasih, saya berduet dengan Nubhan. Lagu ini dicipta oleh komposer yang sama dengan lagu Ombak Rindu iaitu Nur Zaidi. Lagu ini adalah projek istimewa saya dengan Nova Music.
“Saya dapat projek ini pun secara kebetulan. Lagu ini telah pun digunakan untuk drama di TV3 berjudul Cinta Kasih. Tahun ini, saya tidak akan ke luar negara lagi kerana banyak projek yang saya perlu lunaskan di Malaysia,” jelasnya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story