Semalam, Mynewshub.my ada melaporkan mengenai Chef Riz dikatakan sudah menemui pengganti bekas isterinya, Ana Dahlia.
Ia ekoran daripada tindakannya yang telah memuatnaik gambar mesra bersama seorang wanita dikenali dengan nama Stella Stephanie atau nama manjanya Mak Jemah.
Sementara itu, kenyataan Ana Dahlia yang dipetik dari Murai.com, berkata meskipun dia tidak mengenali wanita itu namun dia hanya mengharapkan hubungan cinta mereka kekal dan bahagia.
“Mengenai hubungannya dengan wanita itu, saya sendiri tidak tahu menahu serta tidak mengenalinya. Itu hal personal dia dan dia pun tidak bercerita dengan saya mengenai mana-mana wanita yang dikenalinya.
“Saya cuma berharap hubungannya kali ini akan kekal dan dia juga haruslah pandai menjaga hubungan cinta itu dengan sebaik mungkin,” katanya.
Sementara itu, setelah mereka bercerai hampir dua bulan, Ana memberitahu dia dan Chef Riz masih lagi berhubung dan menjalinkan hubungan seperti kawan biasa.
“Kami hanya berkawan biasa selepas bercerai dan tiada pula hendak bermusuh atau sebagainya.
“Saya juga tidak mahu kerap menghubunginya kerana rasanya tidak elok untuk kembali rapat selepas hubungan suami isteri kami berakhir,” jelasnya lagi.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment