Stesen radio Hot FM, pagi tadi, berjaya menyiarkan pendedahan terbaru penyanyi, Shila Amzah kepada seluruh negara mengenai luahan rasa sedihnya terhadap masalah yang berlaku di antara bapanya dan kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Rakaman yang dipetik dari laman Youtube itu dimuatnaik oleh Shila sendiri namun selepas rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi, video berkenaan yang turut menampilkan Shila menyanyikan lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira dipadam dan ia tidak boleh dibuka lagi.
Dalam rakaman berkenaan, Shila turut meyampaikan yang dia amat rindukan ibu dan ayahnya.
“Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah,” katanya.
Konflik yang berlaku sekitar beberapa minggu lalu terjadi apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh bapanya, ND Lala.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk berdamai menemui jalan buntu kerana ND Lala tidak mahu berkomunikasi dengan Sharnaaz.
Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Kasihan Shila..
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Sumber: Mstar
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment