Syarikat Swasta Taja Psy Di Pulau Pinang



GEORGE TOWN — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional BN yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN.
Ketua Pemuda BN negeri, Oh Tong Keong memberitahu, penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan, ” kata Oh kepada The Malaysian Insider
“Kami sudah sediakan makanan untuk 50 ribu orang tapi kami jangkakan lebih ramai orang akan turun untuk melihat persembahan Psy nanti, ” kata beliau lagi
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang sekolah Han Chiang lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750 000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
“DAP dan Pakatan Rakyat mahu berkata dan memutar belit dengan mengatakan kerajaan BN membelanjakan sejumlah wang RM2 juta hingga RM3 juta untuk konsert Psy ” kata seorang lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat ”
Sumber tersebut yang mendedahkan dengan syarat namanya dirahsiakan, memberitahu, kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan. (The Malaysian Insider)


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story