Boston – Seorang bapa dari Wellesley, Massachusetts membayar anak perempuannya berusia 14 tahun sebanyak AS$200 (RM600) agar berhenti menggunakan Facebook selama lima bulan.
Paul Baier dilaporkan memutuskan untuk membayar anak perempuannya, Rachel agar berhenti menggunakan Facebook dan remaja terbabit diminta menandatangani kontrak itu.
Rachel menutup akaun Facebook dan memberitahu kata laluan miliknya kepada bapanya selepas menerima wang itu.
Ini bukan kali pertama seorang pegguna Facebook memutuskan untuk berehat panjang daripada menggunakan perkhidmatan itu.
Akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua pertiga pengguna Facebook secara sukarela berehat kerana ‘khabar angin keterlaluan daripada kawan mereka’ dan ‘bimbang mengenai privasi’ masing-masing.
“Menurut kaji selidik terbaru diterbitkan Pusat Penyelidikan Pew AS, hanya empat peratus pengguna Facebook memilih hak privasi, dengan satu peratus mengatakan mereka tidak suka berkongsi kehidupan mereka di Facebook. Hanya dua peratus berkata, mereka memilih untuk berkomunikasi secara bersemuka,” lapor The Guardian. – Agensi
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment