Penyanyi yang berjaya menjuarai rancangan realiti nyanyian Vokal: Bukan Sekadar Rupa musim pertama, Asmidar, 27, dikatakan enggan berkahwin lagi buat masa sekarang kerana ingin fokus dalam kerjayanya terlebih dahulu.
Bercakap kepada portal Gua.com.my, Asmidar berkata, “buat masa sekarang, saya tidak merancang untuk berkahwin kerana sehingga kini saya masih tidak mempunyai kekasih.
“Kawan-kawan memang ramai, tetapi hubungan kami sekadar teman biasa. Tidak memlibatkan perasaan istimewa. Ketika ini, saya lebih selesa memberi tumpuan pada kerjaya yang baru hendak bermula.
“Saya mahu berjaya sehingga impian tercapai. Banyak lagi yang perlu saya pelajari walaupun sebelum ini saya banyak menyertai pertandingan nyanyian. Jika jodoh saya sudah sampai, pasti saya akan maklumkan kelak,” katanya.
Bagaimanapun, Asmidar yang popular dengan lagu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu tidak menolak sekiranya jodohnya sampai awal serta tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya.
Semoga selepas ini lagu nyanyian Asmidar mula mendapat perhatian peminat tempatan sekaligus dapat mengukuhkan kerjaya seninya pada tahun ini.
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment