Nama Reen Rahim mungkin agak jarang kedengaran dalam industri hiburan. Tetapi apabila menyebut drama Sahara lakonannya, anda mungkin tahu.
Baru saja muncul di dalam beberapa buah drama, Reen Rahim sudah mencipta kontroversi yang agak sensitif bagi masyarakat Melayu Islam.
Kisahnya, pelakon yang baru sahaja berusia 24 tahun ini terpaksa memikul kritikan yang berat keatas dirinya apabila lakonanya menerusi sebuah drama yang disiarkan di Astro tidak lama dahulu dikatakan mempersendakan agama Islam.
Ujar Reen yang dipetik dari Buahmulut.com, dia sama sekali tidak menyangka lakonanya menerusi drama Sahara akan menjadi kontroversi yang begitu hebat.
“Reen tahu ramai yang kecam Reen di Facebook dan juga Twitter. Tapi penonton tidak tengok keseluruhan cerita tu. Apa yang dipaparkan menerusi video klip itu hanyalah babak beberapa saat sahaja sedangkan keseluruhan cerita ini ada mesejnya tersendiri.
“Bagi Reen apa yang berlaku dulu hanyakah salah faham dari penonton. Terkejut juga apabila menerima kecaman dari penonton berdasarkan kontroversi tersebut. Dan yang paling Reen tak boleh terima ialah apabila ada yang mempertikaikan tahap pendidikan agama Reen,” katanya.
Jelasnya Reen juga, dia percaya setiap apa yang berlaku terhadap dirinya tidak lama dahulu ada hikmahnya.
Katanya juga dia sentiasa berharap agar peminat tidak berterusan mempersalahkan dirinya di atas kontroversi Sahara yang berlaku tidak lama dulu.
Sebelum ini, di dalam satu video klip promo drama Sahara, ada menunjukkan Reen yang memegang watak wanita berniqab telah memeluk dan memegang tangan dengan lelaki bukan muhrim.
Kejadian itu telah menimbulkan kontroversi gara-gara Reen dikatakan tidak sensitif mengenai agama.
Walaubagaimana pun, dia telah pun memohon maaf.
Diharapkan tiada lagi kejadian seumpama berulang…
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment