Kecewa Dengan Skuad Densus 88

Skuad Densus 88

Jakarta – Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Marzuki Alie menyatakan kekecewaannya apabila rakaman video kekejaman skuad elit antipengganas terhadap suspek, semalam.
Mendesak supaya polis menjalankan siasatan secara telus, Marzuki berkata, apa yang berlaku itu menyalahi prosedur yang ditetapkan dan mesti dihentikan.
“Jika skuad itu tidak mengkaji semula tindakan mereka yang memperlekehkan Islam, kita bimbang akan timbul persepsi bahawa mereka sebenarnya memusuhi Islam,” katanya.
Baru-baru ini, satu klip video memaparkan anggota skuad Densus 88 menyoal siasat suspek tersebar secara meluas.
Densus 88 (nama asalnya ialah Detasemen Khusus 88) adalah unit elit polis Indonesia bagi menangani isu pengganas di negara itu.
Dianggarkan skuad itu dianggotai kira-kira 400 orang yang mempunyai kemahiran tersendiri, termasuk penembak tepat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Majlis Perwakilan Rakyat, Hajriyanto Y Tohari berkata, anggota Densus 88 melakukan pelanggaran hak asasi manusia serius dan perlu dihukum sewajarnya.
“Densus 88 perlu faham, negara ini didirikan dengan tujuan utamanya untuk melindungi setiap rakyat daripada sebarang penindasan dan memberikan keamanan kepada mereka,” katanya. – republika.co.id


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story