KPN Beri Jaminan Keadaan Di Semporna Terkawal

KPN Beri Jaminan Keadaan Di Semporna Terkawal

SEMPORNA – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kawalan keselamatan di daerah Semporna yang terletak berhampiran Lahad Datu, diperketatkan ekoran serangan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Beliau memberi jaminan kepada penduduk di kawasan sekitar bahawa keadaan keselamatan di daerah ini, yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Lahad Datu, adalah terkawal.
Ismail berkata operasi yang dijalankan pihak keselamatan di kawasan itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk di Semporna yang rata-rata melahirkan kebimbangan mungkin berlaku serangan balas oleh pihak penceroboh di kawasan itu.
“Kami telah mengetatkan kawalan keselamatan di daerah Semporna terutama dikawasan Kampung Simunul. Pegawai dan anggota polis telah bersiap-sedia daripelbagai aspek, jadi saya minta orang ramai jangan panik,” katanya, Selasa.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab, sambil menegaskan bahawa langkah keselamatan yang diatur pasukan keselamatan adalah yang terbaik.
Orang ramai hanya sentiasa perlu mendapatkan maklumat yang sahih dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna agar berita yang tepat dapat disalurkan, katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullahberkata keadaan di daerah Semporna dalam keadaan baik dan orang ramai dimintasentiasa menghubungi IPD Semporna di talian 089781244 bagi mendapatkan maklumatsebenar.
Dalam pada itu, tinjauan Bernama ke Pekan Semporna mendapati rata-ratapenduduk melahirkan kebimbangan mengenai situasi di Kampung Tanduo yang mungkinmenjadi sasaran serangan balas daripada kumpulan penceroboh di sini.
Moses Tan, 35, berkata keadaan di Kampung Tanduo mungkin boleh merebak keSemporna.
Bagaimanapun, beliau melahirkan keyakinan situasi itu mampu dikawal pasukankeselamatan dengan cekap. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story