Tiada Tanda Penceroboh Letak Senjata

ketua polis negara

LAHAD DATU — Belum ada tanda-tanda penceroboh militan Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mahu menyerah diri dan meletak senjata mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata gerakan memburu penceroboh diteruskan dan tiada pertempuran berlaku sejak 11 pagi semalam, apabila sejumlah 31 pengganas ditembak mati.
“Selepas insiden pertempuran semalam sehingga 31 penceroboh ditembak mati, tiada tanda mereka mahu letak senjata api,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meninjau markas ‘Op Daulat’ di Felda Sahabat semalam berkata Malaysia menolak sebarang tawaran gencatan senjata dan menegaskan satu-satunya pilihan bagi penceroboh itu ialah letak senjata dan serah diri tanpa bersyarat.
kiram gantung
Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.
Ismail berkata pihak keselamatan belum mengenal pasti identiti mayat seorang ketua penceroboh, dipercayai berpangkat jeneral, yang ditembak mati dalam pertempuran semalam.
Ditanya sama ada kemungkinan ketua itu ialah orang yang menggelar dirinya Raja Muda Sulu, Azimuddin Kiram, Ismail berkata: “Kami masih mengenal pasti (identiti) berdasarkan pakaian dia, tetapi beliau ialah ketua operasi pihak penceroboh.”
Ismail juga menunjukkan kepada media gambar-gambar senjata yang ditemui daripada penceroboh yang ditembak mati.
Zulkifeli pula berkata walaupun tiada pertempuran berlaku sejak semalam, ini tidak bermakna pihak musuh tidak lagi berada di kawasan itu.
“Operasi akan diteruskan,” katanya. — BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story