Biarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu pemenang rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17.
Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan pihak Galaxy Music untuk membayar jumlah wang tersebut.
Pada 6 Februari 2013, kedua-dua pengarah, Chan Tak Wai dan Wong Yoke May, sepatutnya hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan Suki dalam tuntutannya terhadap pihak Galaxy Music.
Walaubagaimanapun, kedua-dua Chan Tak Wai serta Wong Yoke May gagal menghadirkan diri di mahkamah. Menurut peguambela mereka, Chan dan Wong terpaksa menghadiri sebuah mesyuarat penting di Singapura. Pihak mahkamah kemudian menetapkan tarikh baru untuk kes tersebut yang telah ditunda ke 8 Mac 2013 pada jam 9 pagi.
Namun begitu pada tarikh baru tersebut, kedua-dua , Chan Tak Wai dan Wong Yoke May sekali lagi gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Oleh kerana kedegilan mereka, Suki terpaksa meminta pihak mahkamah untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka berdua. Pihak mahkamah kini telah mengeluarkan arahan tangkap tersebut dan kes akan disebut semula pada 15 Mac 2013. – Ohbulan
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment