Doa Seorang Ketua Polis Negara…

Doa Seorang Ketua Polis Negara...

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Itulah yang ditanggung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar…setiap hari seluruh warga menunggu berita daripada beliau mengenai perkembangan pencerobohan di negeri Sabah.
Namun sebagai pegawai nombor satu di medan, ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Selama beliau diberi amanat tersebut, Ismail bukan saja dilihat mengumumkan jumlah penceroboh yang terkorban, tetapi terpaksa juga mengumumkan pegawai dan anggotanya yang telah gugur di medan pertempuran.
Dalam usia yang sebegini, ia bukan satu perkara mudah namun demi agama, bangsa dan negara tercinta, beliau tidak ada pilihan lain.
Alhamdulillah, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain dilihat sentiasa bersama beliau dalam menghadapi saat-saat sukar begini.
Kita percaya semua rakyat Malaysia juga bersama beliau, menaruh kepercayaan kepada Ismail dan kepimpinannya untuk menghapuskan musuh dan petualang negara.
549984_572589256084719_877851547_n
883741_572588919418086_2059668589_o
Semoga doa Ismail dan doa kita semua dimakbulkan Allah…Allahu Akbar!


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story