Jamalul Kiram III Akan Didakwa Di Filipina!

Jamalul-Kiram

Perkembangan terbaru ialah Department of Justice (DOJ) Filipina telah mengarahkan Biro Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kes ‘airtight; terhadap ‘Sulu Sultan’ Jamalul Kiram III dan orang-orangnya yang mencerobohi negeri Sabah.
Bercakap kepada pemberita kelmarin, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, NBI kini sedang menyiapkan kes terhadap Kiram dan pengikutnya.
De Lima mengumumkan bahawa kumpulan Kiram boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Perkara 118 (menghasut kepada peperangan atau memberi motif untuk bertindak balas), kod Semakan Keseksaan, pemilikan senjata api haram, perhimpunan haram dan pelbagai lagi.
Setelah mereka dikenakan hukuman bawah undang-undang Filipina, DOJ juga akan mengkaji kemungkinan membenarkan kerajaan Malaysia mengekstradisi penceroboh-penceroboh di Sabah untuk menghadapi undang-undang negara Malaysia pula.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story