KUALA LUMPUR – Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) kecewa dengan penyiaran satu artikel dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu bertajuk ‘Aaron Tiada Permit Pengarah’ pada 14 April lalu.
Timbalan Presidennya, Abdul Rahim Awang berkata, pihaknya terkilan dengan penulis artikel itu kerana tidak mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada pihaknya apabila mempersoalkan tentang situasi Aaron yang tiada permit sebagai pengarah.
“Dalam apa saja profesyen, dalam apa jua bidang, walau di mana jua di dunia ini, tetap ada undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu tugas atau pekerjaan dapat dilaksanakan.
“Begitu juga dengan industri perfileman negara kita. Semua penggiat dan pendokong daripada krew teknikal, krew penerbitan, pelakon, pengarah dan penerbit perlu mematuhi undang-undang dan peruturan yang ditetapkan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, peraturan yang ditetapkan untuk pelakon, krew (pekerja) dan pengarah terkandung dalam ‘Padu Citra’. Fasal 7 dan 8 ‘Padu Citra’ yang antara lain menyebut semua artis dan karyawan tempatan serta asing dikehendaki berdaftar dengan persatuan terlibat.
Misalnya, kata beliau, seorang pelakon perlu menjadi ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), seorang pengarah menjadi ahli FDAM dan seorang pekerja filem menjadi ahli Persatuan Pekerja Filem Profesional Malaysia (Profima).
Menurut beliau, peraturan itu turut menetapkan produser yang ingin membuat penggambaran dikehendaki memastikan setiap individu yang terlibat dalam penggambaran telah menjadi ahli atau berdaftar dengan persatuan terbabit.
Jelasnya, FDAM mengakui mempunyai peruntukan untuk mendaftarkan semua pengarah asing yang mengarah di negara ini sebagai ‘ahli bersekutu’ seperti Adi Putra yang merupakan seorang aktor dari Singapura.
Tetapi, jelas beliau, Adi Putra menyedari dan menghormati peraturan yang guna pakai di negara ini dan telah datang untuk mendaftar sebagai ahli FDAM pada 18 April 2013.
Justeru, katanya, penglibatan Aaron sebagai pengarah tidak akan dipersoalkan seandainya beliau menghormati dan mematuhi peraturan berkenaan. – myewshub.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment