Video: Hak Anda Sebagai Pengundi

Undi

Mungkin anda adalah pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali dan mungkin juga anda telah beberapa kali membuang undi.
Tetapi.. Pernahkah anda mengambil tahu berkenaan hak anda sebagai seorang pengundi?
Dan.. Tahukah anda syarat-syarat serta peraturan yang perlu diikut oleh petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video yang sedikit sebanyak memberi peringatan kepada anda yang bakal membuang undi pada 5 Mei ini.
Video 7 minit 25 saat itu menceritakan bagaimana proses pembuangan undi berlaku.
Selain itu, pelakon dalam video tersebut turut menunjukkan perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh pengundi.
1. Semakan butir-butir pengundi. Jangan lupa bawa MyKad!
2. Pastikan penolong pegawai undi membaca nama dan nombor MyKad anda.
3. Pastikan pegawai menceraikan kertas undi dari ‘counterfoil’ sebelum memberikan kepada anda.
4. Pastikan anda memangkah kertas undi dengan betul.
5. Pastikan anda membuang undi ke dalam peti undi.
Video itu juga turut memberi penerangan bagaimana undi anda boleh dikesan.
1. Nombor siri kertas undi yang ditulis pada senarai pemilih.
2. Nombor MyKad yang ditulis pada ‘counterfoil’ atau di belakang kertas undi.
Kita boleh membuat bantahan jika penolong pegawai undi menulis apa-apa sama ada di senarai daftar pengundi, counterfoil atau kertas undi anda.
Tahukah anda, jika perkara tersebut berlaku, anda boleh membuat BANTAHAN!
Anda hanya perlu merujuk kepada pegawai undi yang berada di bilik pengundian bersama pemerhati parti-parti bertanding.
Tonton video tersebut bagi melihat dengan jelas prosedur serta perkara-perkara yang anda perlu tahu sebagai pengundi.

Oleh: HARITS ASYRAF


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story