Pelakon Rozita Che Wan yang merupakan salah seorang peserta bagi musim kedua Masterchef Selebriti Malaysia pernah menyatakan yang dia memang tidak berapa mahir memasak masakan barat walaupun memiliki kekasih yang berdarah kacukan barat.
Sedar atas kekurangannya itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengambil inisiatif dengan belajar memasak masakan barat dengan Chef Nik Michael Imran atau Nik.
Nik yang merupakan peserta Masterchef musim pertama kini merupakan seorang pengusaha restoran PickNik di Publika yang memberi pengkhususan kepada masakan barat.
Nik juga sempat berkongsi gambarnya di akaun Instagram ketika dia sedang mengajar Che Ta cara-cara untuk memasak dan menghias makanan dengan cantik dan sempurna.
Ahad lalu, pelawak Yassin telah terkeluar daripada program masakan popular itu dan kini tinggal 18 orang selebriti lagi untuk merebut gelaran Masterchef Selebriti Musim Kedua.
Pada musim pertama, Datuk Fazley Yaakob telah berjaya menyandang gelaran itu apabila berjaya menewaskan Angah Raja Lawak pada pusingan akhir pertandingan itu.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment