Penyampai Radio Ditembak Mati

Mario Baylosis Vendiola

Zamboanga – Kumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang penyampai radio di selatan Filipina semalam, kata polis ketika kebimbangan mengenai keganasan yang kian memuncak menjelang pilihan raya umum bulan depan.
Mario Baylosis Vendiola, 33, pengacara DXLM, ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di bandar Kabasalan di Pulau Mindanao, kata ketua polis bandar itu, Inspektor Kanan Rico Pondol.
Mangsa baru pulang daripada mengacarakan rancangan radionya ketika dia dibunuh, kata Pondol. Polis berkata, Vendiola mengacarakan rancangan hiburan dan mereka masih tidak tahu motif di sebalik serangan itu. Tetapi mangsa sebelum ini telah beberapa kali melaporkan mengenai ancaman terhadap nyawanya itu.
Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina, Rowena Paraan berkata, kesatuan masih menyiasat mengenai insiden itu.
“Kami mahu mengesahkan dengan teliti jika kejadian itu berkaitan dengan pekerjaannya. Kami masih menyiasat jika mangsa mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik atau menyokong sebarang calon dalam pilihan raya 13 Mei depan,” katanya.
Jika pembunuhan Vendiola berkaitan dengan pekerjaannya sebagai penyampai radio, ia menjadi pembunuhan pertama yang mempunyai kaitan dengan pekerjaan sebagai wartawan tahun ini dan yang keenam sejak pilihan raya Presiden Benigno Aquino pada 2010, menurut perkiraan kesatuan itu.
Vendiola juga akan menjadi wartawan ke-155 yang dibunuh ekoran pekerjaannya sejak demokrasi dikembalikan di Filipina pada 1986. – Manila Times


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story