Benarlah kata bijak dan pandai – sejarah adalah filosofi yang mengajar dengan contoh.
Selepas kejayaan Pesona… Ter, Khir Rahman tidak perlu menunggu lama untuk menghasilkan satu lagi sindiran tajamnya lewat suasana PRU 13 yang mula menggugah akal budi masyarakat.
Asas pemikiran Khir Rahman mudah – kita berdiri di atas sejarah dan jangan coret sejarah ini dengan darah.
Menerusi Suar Channel, Khir Rahman menterjemah permainan politik tika ini dan terhasillah sebuah filem pendek dengan judul Tali No 6.
Filem pendek berdurasi 21 minit ini dibarisi peluang kelas A seperti Shoffi Jikan, Pekin Ibrahim, Khir Rahman serta dibantu Danny Zilong dan adik Najmi Nafis.
Menurut Khir Rahman, filem harus mengambil tempatnya dalam isu politik yang sedang berlegar.
Filem harus kembali menjadi satu lagi intrumen mendidik dan menjadi juru rakam kepada apa yang berlaku. Jika ia tidak sukses hari ini, mungkin filem pendek saya ini akan ada nilainya di masa depan”.
Mengambil latar pinggir kotaraya, 4 anak muda bergelumang dengan aliran pemikiran yang berbeza ini cuba menterjemah perjuangan dan kepentingan masyarakat untuk hari ini dan masa depan.
Himpitan politik kepartian, ekstrim, dan rasis menzahirkan perbalahan yang ketara untuk mereka.
Dengan isu sebegini berat, Khir Rahman berjaya menyampaikan mesej itu hanya dengan merujuk kepada tali ke 6 untuk sebuah gitar.
Adunan cerita, mainan sinematografi dan audio yang berani terus memujuk kita untuk mengakui bahawa kita sudah tersalah jalan dan tidak ada salahnya untuk kembali berpegang kepada asas yang dulu – sejarah.
Khir Rahman juga mengakui bahawa tidak terfikir untuk mengaut keuntungan menerusi Tali No 6. Filem pendek ini boleh terus dilayari di Youtube. - Mynewshub.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment