VIDEO: Peminat Sifatkan Gwiyomi Nazim Comel

komen nazim

Sekarang ni demam PRU ke demam Gwiyomi?
Penulis pelik apabila setiap hari penulis melayari laman video sosial, Keek pasti akan ada video Gwiyomi yang ‘trending’.
Nampaknya video kempen PRU Khairy Jamaludin menerusi Keek tidak sebegitu laku jika dibandingkan dengan demam Gwiyomi yang melanda Asia.
Selalu kita dapat melihat selebriti wanita di Malaysia akan membuat parodi Gwiyomi.
Antara parodi Gwiyomi selebriti tempatan yang mendapat sambutan luar biasa seperti Wawa Zainal dan Nora Danish.
Tetap kali ini penulis ingin membawa kelainan apabila MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video parodi Gwiyomi yang dimuat naik oleh selebriti lelaki!
Selebriti yang boleh dikatakan ‘menggilai’ K-Pop, tidak lain tidak bukan, Nazim Othman.
Dari pakaian hinggalah personaliti, saling tidak tumpah seperti selebriti Korea.
Nazim
Parodi Gwiyomi yang dilakonkan oleh Nazim Othman kini telah mendapat tontonan hampir 118,000 dengan jumlah ‘Like’ sebanyak 4,276.
Walaupun ia dimuat naik 19 hari lalu, tetapi video tersebut masih terus mendapat komen daripada peminat-peminat beliau hingga ke hari ini.
Rata-rata peminat Nazim menyifatkan video tersebut sangat comel.
Nampaknya Nazim bukan sahaja dapat mencuri hati peminat setia beliau, malah hati peminat K-Pop.
Mungkin media sosial masa kini menjadi cara terbaru artis tempatan untuk mendekati peminat mereka.
Saksikan!!

Oleh: HARITS ASYRAF


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story