Pemenang Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam nyata berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya apabila membuka sebuah kedai makan demi menjamin masa hadapannya kelak.
Dia baru sahaja membuka sebuah restoran yang bernama Best Time Family Cafe & Grill di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hasil perkongsiannya bersama kakaknya, Zizie Ezette dan seorang ibu saudaranya.
“Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga.
“Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resepi saya sendiri,” katanya yang dipetik melalui Utusan Online.
Buat peminat setia Shaheizy dan yang tinggal berdekatan dengan Cheras, jangan lupa rasai sendiri pengalaman menikmati makanan yang disediakan di restoran milik pelakon terkenal itu.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment