Tak habis-habis penyanyi kegilaan remaja seluruh dunia, Justin Bieber mencetuskan kontroversi yang mampu memburukkan nama dan imejnya sebagai penyanyi kesayangan ramai.
Terbaru, bas jelajah penyanyi lagu Boyfriend itu di bandaraya Sweden telah digeledah oleh polis di sana dan mereka telah menemui sejumlah kecil dadah jenis ganja serta sepucuk pistol elektrik di dalam bas tersebut.
Menurut sumber Associated Press, tiada sebarang tangkapan dibuat pihak polis pada masa itu, berikutan Bieber sedang membuat persembahan ketika itu selain tiada sesiapa di dalam bas ketika serbuan dijalankan.
Polis memaklumkan mereka terpaksa bertindak untuk mengeledah bas itu selepas terbau ganja yang datang daripada bahagian dalam bas itu ketika bas itu diparkir di kawasan luar hotel yang diduduki oleh Bieber.
Hmm, macam-macam hal lah Bieber ni sejak putus cinta dengan Selena Gomez.
Takkan patah hati sampai nak rosakkan imej budak baik yang selama ini ditonjolkan Bieber kepada para peminatnya.
Harapnya dia cepat tersedar sebelum semua peminatnya mula muak dan jelak dengan kontroversi serta publisiti murahan yang cuba diraihnya.
Oleh: AUDREY LEE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment