W’tawan Terpaksa Bertugas Di Hari P’kahwinan

Chen Ying

Seorang wartawan penyiaran untuk sebuah stesen tv di China, Chen Ying terpaksa meninggalkan majlis perkahwinannya sendiri demi tuntutan tugasnya untuk membuat liputan siaran langsung kejadian gempa bumi yang melanda China pada Ahad lalu.
Ying malah sempat mewawancara beberapa penduduk yang berada di sekitar lokasi gempa di Wilayah Sichuan dan penduduk di situ juga berasa hairan dengan pakaian yang dikenakan wartawan yang menemuramah mereka itu.
Walaupun sukar membuat liputan apabila mengenakan gaun pengantin, Ying menyedari ini adalah salah satu daripada tuntutan tugasnya yang sentiasa tidak mengira masa, ketika dan bila-bila sahaja boleh dipanggil bertugas sekiranya terdapat sebarang kecemasan yang berlaku.
Nyata komitmennya yang tinggi tidak membataskan Ying daripada melakukan tugasannya di hari bahagianya itu.
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: Tabekpuang


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story