Haikou – Seorang wanita telah dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang lelaki dengan meramas testis mangsa dengan terlalu kuat dalam satu kejadian pada April tahun lalu.
Kejadian berlaku ketika wanita itu, yang tidak didedahkan identitinya, terlibat dalam pergaduhan dengan mangsa yang juga seorang pekedai.
Wanita itu ‘naik angin’ selepas mendapati pekedai berkenaan tidak membenarkan dia meletakkan motosikalnya di hadapan kedai mangsa, untuk mengambil anaknya.
Mangsa, kemudiannya telah meminta wanita itu mengalihkan motosikalnya kerana mendakwa ia menyekat laluan pelanggannya.
Marah dengan sikap lelaki itu, wanita itu kemudiannya terus meramas testis mangsa.
“Aku akan ramas dengan kuat hingga kau mati, kau tak akan boleh mendapatkan anak lagi,’’ katanya.
Lelaki itu kemudiannya rebah dan dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja paramedik tiba di tempat kejadian.
Jika sabit kesalahan, wanita itu berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika mahkamah memutuskan dia bersalah melakukan pembunuhan kejam itu.
Perbicaraan kes itu bersambung.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment