BSB Dapat Bintang Walk Of Fame

BSB

Kumpulan boyband terkenal, Backstreet Boys (BSB) telah dikurniakan anugerah bintang Hollywood Walk of Fame sempena ulang tahun ke 20 penubuhan kumpulan mereka itu pada satu majlis yang diadakan semalam.
BSB yang dianggotai oleh Brian Littrell, Nick Carter, Kevin Richardson, AJ McLean, Howie Dorough nyata terharu dengan anugerah yang disampaikan kepada mereka itu.
Mereka merupakan penerima anugerah yang ke 2,485 dan antara penerima sebelum ini termasuklah Christina Aquilera, Bryan Adams dan Paula Abdul.
BSB ditubuhkan di Florida pada tahun 1993 dan kejayaan rekod yang paling besar pernah dicatatkan ialah apabila album mereka telah berjaya terjual sebanyak 130 juta di seluruh dunia.
Mereka juga menjadi fenomena kepada gadis-gadis pada zaman kegemilangan dan sehingga kini BSB masih digelar sebagai ‘King of Boyband’ walaupun usia mereka sudah pun mencecah ke angka 40-an.
Antara lagu popular mereka adalah seperti I Want It That The Way, Shape Of My Heart, Everybody dan As Long As You Love Me.
Sempena ulangtahun ke 20 BSB, mereka juga telah merancang untuk mengadakan konsert jelajah dunia dan berkemungkinan besar Malaysia tersenarai dalam salah satu negara yang bakal dikunjungi mereka kelak.
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story