Memey Belajar Berhijab Dengan Abby?

Memey Belajar Berhijab Dengan Abby?

Benarkah pelakon Memey Suhaiza sudah tampil dengan penampilan baru iaitu tampil berhijab sepenuhnya?
Jika perkhabaran ini benar, tentunya ianya merupakan berita baik buat Norman Hakim dan juga peminat Memey yang sekian lama ingin melihat pelakon kesayangan mereka itu bertudung.
Terdengar ura-ura juga yang mengatakan Memey kini sedang cuba berhijrah sedikit demi sedikit selepas melihat Abby Abadi mula bertudung.
Abby baru-baru ini sempat berkongsi gambarnya bersama Memey, Norman, anaknya dan anak Memey yang hadir menyaksikan kejohanan sukan di sekolah salah seorang anak Abby dan Norman.
Mereka semua tampil dengan rona pakaian berwarna merah kerana mungkin warna itu merupakan pasukan rumah yang dianggotai oleh anak mereka.
Ternampak sinar kebahagiaan di antara mereka sekeluarga.
Moga-moga hubungan baik di antara mereka akan terus berkekalan sampai bila-bila.
Dan buat Abby yang kini sedang sibuk dengan ceramah politiknya, bila pula mahu mencari pengganti Norman ya?
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story