GAMBAR: Nabila Dan Nas-T Yang ‘Tak Cover Line’ Mengenai Cinta Mereka

GAMBAR: Nabila Dan Nas-T Yang Memang 'Tak Cover Line'

Perangkul Anugerah, Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda sememangnya sudah tidak lagi berselindung mengenai hubungan mesranya dengan pelakon dan deejay muzik, Nas-T.
Malah selepas saja selesai majlis ABPBH 2012 baru-baru ini, dia mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka berkenaan.
Begitu juga Nast-T yang tanpa segan silu telah bersikap terbuka bercerita kepada portal murai.com.my mengenai keakraban mereka .
Kemesraan mereka jelas terbukti di laman Instagram peribadi Nabila Huda (kupu_kupu) apabila mereka sering berpegangan tangan dan merakamkan beberapa gambar mesra ketika berada di Pulau Bali dan Brisbane, Australia baru-baru ini.
Ada ketikanya, Nabila Huda duduk di atas riba Nas-T dan sering juga kelihatan pelakon lelaki berkenaan menggenggam erat tangan aktres berkarektor berkenaan.
Mereka juga sempat merakamkan beberapa foto mesra antaranya ketika berjalan-jalan di tepi pantai Bali, di dalam pesawat, di tepi kolam renang dan juga tidak ketinggalan ketika di lapangan terbang Brisbane baru-baru ini.
4222013_nabilaxcover4-a
Ini membuktikan, Nabila Huda dan Nas-T seakan tidak mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan kepada khalayak dan dalam apa juga kesempatan juga keadaan kala mereka bersama, pasti akan ada foto yang dirakamkan dua sejoli itu untuk tatapan peminatnya di Instagram.
Portal murai.com.my gembira dengan sikap terbuka dua selebriti berkenaan. Mungkin sudah tiba masanya Nabila Huda mengakhiri zaman solonya dengan jejaka yang dikatakannya sebagai teman semasa kecil lagi itu.
Ini untuk mengelakan sebarang fitnah dan kata-kata tidak manis yang mungkin akan keluar daripada individu yang kurang senang dengan gambar kemesraan serta kegembiraan mereka berdua.
Selamat berbahagia kepada Nabila Huda dan Nas-T istimewa daripada portalmurai.com.my.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story