PERNAH tak anda menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya?
Pernah tak apabila anda menatap sahaja muka anda di cermin hotel, anda terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di satu sudut cermin tersebut.
Begitu juga ketika anda hendak meletakkan kepala di bantal, pernah tak anda ‘terpaksa’ mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran…dan sebelum menutup butang lampu, anda diperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’ yang dilekatkan di sebelahnya?
Pernah tak anda menginap di hotel yang laluan dari lif hingga ke bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran?
Malah lebih dari itu, pernah tak anda menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?
Oh sebelum terlupa, pernah tak anda merasai suasana persekitaran lobi yang mendamaikan bercirikan Islam?
Akhir sekali, pernah tak anda pergi ke mana-mana lobi hotel yang bila masuk saja waktu solat, kita akan mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu?
Mungkin anda beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah.
Kalau itu tanggapannya, anda silap!
Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.
Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat termasuk solat Jumaat dengan jemaah mencecah 1,800-2,000 orang setiap minggu.
Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya.
Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
Kumpulan Hotel De Palma kini telah diiktiraf sebagai “Pioneer Hotel Patuh Syariah” bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia.
Anugerah Halal Journal 2011 yang dimenangi mereka adalah bukti yang hotel berkonsep Islamik mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat global
Jika anda hendak merasai apa yang kami nyatakan di atas tadi, Hotel De Palma sedia menyahut hasrat, impian dan salam anda.
Hotel tersebut terletak di Jalan Selaman 1/2, Palm Square, Ampang Point, Jalan Ampang. Ia boleh dihubungi di talian 03-4270 7070
Keunikan dan kelainan yang pasti mencipta keasyikan! – Mynewshub.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment