Qi Dan Nelydia Berbicara Soal Kahwin

Qi Dan Nelydia Berbicara Soal Kahwin

Hubungan mesra yang terjalin di antara dua selebriti, Qi Razali dan Nelydia Senrose kini bukan lagi rahsia apabila kedua-duanya tidak pernah berahsia mengenai perhubungan tersebut ketika ditanya media.
Malah kedua-duanya juga dilihat kadang-kala ada memuat naik gambar mesra dan gambar makan malam bersama di akaun Instagram masing-masing.
Perkenalan menerusi sebuah drama bersiri Friday I’m In Love nyata membuah rasa cinta dalam hati Qi dan Nelydia.
Qi juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan tidak menolak sekiranya Nelydia merupakan jodohnya dunia akhirat.
“Saya dah berusia 35 tahun. Sudah pasti saya ingin menamatkan zaman bujang secepatnya. Tapi saya harus berlaku adil pada Nelydia yang masih muda. Tapi jika ditakdirkan jodoh tiba dalam masa terdekat ini, insyaAllah saya terima,” katanya yang dipetik melalui portal Gua.com.my.
Manakala si gadis, Nelydia menyatakan dia tidak kisah untuk berkahwin awal jika sudah sampai serunya untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat tetapi dia juga mengakui masih belum bersedia sepenuhnya untuk menempuh ke fasa perkahwinan.
“Saya tak pernah terfikir nak kahwin awal atau lambat. Kalau sudah jodoh kahwin pada usia muda, saya terima. Malah saya lebih terbuka untuk berkahwin pada usia yang masih muda kerana saya percaya perkahwinan dapat mengajar erti hidup. Tapi buat masa ini, saya belum 100 peratus bersedia,” ujar Nelydia.
Qi dan Nelydia juga mendedahkan ciri-ciri kematangan yang ada dalam diri masing-masing merupakan daya penarik yang boleh membuatkan kedua-duanya serasi bersama.
Diharapkan hubungan pengacara program Jalan Jalan Cari Makan ini bersama gadis yang didampinginya kini bahagia buat selamanya dan cepat-cepat naik pelamin ya!
Oleh: AUDREY LEE


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story