Penyampai Berita Mencarut Dalam TV

A.J. Clemente

Dakota – Seorang penyampai berita yang baru memulakan kerjayanya di sebuah stesen televisyen, tidak bernasib baik apabila dia digantung tugas selepas mencarut di kaca televisyen.
A.J. Clemente dikatakan bertindak demikian kerana terlalu gementar sehinggakan dia memulakan ayat pertamanya di televisyen KFYR dengan perkataan ‘F****** s*** ketika sedang bersiaran langsung.
Tindakannya itu nyata mengejutkan seorang lagi penyampai senior Van Tieu yang terus memandang Clemente selepas lelaki itu mencarut.
“Anda telah bertemu dengan ….A.J.dalam berita North Dakota News.’ Kata Van Tieu yang kelihatan serba salah.
Clemente, yang kemudiannya kembali tenang, telah memperkenalkan dirinya yang merupakan lulusan university West Virginia.
“Saya telah terbiasa dengan…anda tahukan, kerana berasal dari pantai timur,’’ katanya yang kemudiannya mula membacakan laporan kemalangan jalan raya.
Dalam pada itu, pengarah berita NBC stesen telah mengemukakan permohonan maaf dalam facebook KFYR atas kesalahan yang dilakukan oleh pembaca berita berkenaan.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story