KUALA LUMPUR — Seramai 2,791 daripada 7,824 graduan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun lepas akan dilantik terus ke Gred DG41.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, mereka tidak perlu menghadiri temu duga kerana mencapai keputusan cemerlang dengan memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas serta mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam latihan praktikal.
“Bagaimanapun, graduan tersebut perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP, dan diperakui oleh IPTA dan IPGM,” menurut kenyataan itu.
Menurut SPP, sementara itu baki 5,033 graduan pendidikan pula perlu menduduki temuduga yang akan diadakan di seluruh negara mulai hari ini sehingga 27 Mac depan.
Layari http://www.spp.gov.my untuk maklumat lanjut. — BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment