38 Ditahan Dalam Serbuan Pesta Liar

Serbuan Pesta Liar

KUALA LUMPUR – Kegembiraan 38 lelaki dan wanita ketika mengadakan pesta liar serta mengambil dadah di sebuah kondominium mewah di ibu kota membawa padah apabila ditahan dalam satu serbuan, awal pagi tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi, 26 lelaki dan 12 wanita berusia 18 hingga 31 tahun ditahan ketika leka berseronok di sebuah unit di tingkat 18 kondominium yang terletak di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, dengan 22 daripadanya positif dadah dan enam orang pula memiliki dadah.
Ketika serbuan dijalankan, kesemua mereka dikatakan berada di premis terbabit dan asyik bersuka ria menikmati alunan muzik ala disko.
Dalam serbuan itu juga, polis merampas sejumlah dadah jenis ganja, pil Estacy dan Eramin 5.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kondominium mewah itu disewa pada harga RM800 antara RM1,000 semata-mata untuk mengadakan parti lalok. – myMetro Online


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story