Itu McLaren Pinjam Laa…

Rosyam

Berikutan tersebarnya gambar Rosyam Nor bersama kereta McLaren MP4-12 di sebuah blog hiburan seperti yang dimuatkan dalam MyNewsHub semalam, hari ini Rosyam Noor tampil menafikan bahawa kereta mewah itu adalah kepunyaannya.
Menerusi Kosmo, Rosyam, 46, menyatakan, “Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya.
“Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut,” katanya.
Sebaliknya pelakon dan penerbit itu menjelaskan kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu sebenarnya dipinjam daripada seorang rakan untuk sebuah drama lakonannya yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
Nampaknya tuan punya badan sudah pun membuka mulut memberi keterangan sebenar mengenai status kereta mewah tersebut.
Diharapkan semua pihak tidak terus membuat bermacam-macam spekulasi selepas mendengar penjelasan aktor tersebut.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story