London – Imej kutu rayau. Itu penampilan baru untuk model bagi pakaian John Lewis.
Model yang ditampilkan kali ini bukan lagi lelaki berimej segak dan kemas, sebaliknya seorang lelaki berambut panjang yang disanggul dan muka berjambang.
Biarpun John Lewis mengeluarkan produk pakaian lelaki untuk kelas atasan, namun sukar difahami kenapa ia memilih lelaki dengan imej kutu rayau untuk model bagi koleksi bajunya itu.
Model berkenaan, adalah seorang tukang kayu, Johnny Harrington, 32, yang berasal dari Milton Keynes.
Harrington, dilaporkan telah menyimpan jambangnya sejak tiga tahun lalu.
Dalam pada itu, jurucakap John Lewis memaklumkan bahawa imej berkenaan adalah berbeza berbanding imej model yang ditampilkan sebelum ini.
“Imej baru ini tidak menakutkan pembeli, sebaliknya kami mendapat lebih ramai pelanggan baru,’’ katanya.
Sementara itu, pengarah jualan John Lewis, Matthew McCormack, berkata, imej berkenaan menampilkan rupa sebenar jenama John Lewis.
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment