Piala FA: Arsenal Tersingkir Tewas Kepada Blackburn

Arsenal

Hasrat Arsenal untuk menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kejuaraan terbantut sekali lagi apabila mereka tewas 0-1 kepada kelab Liga Kejuaraan, Blackburn pada aksi pusingan kelima Piala FA di Stadium Emirates, malam tadi.
Jaringan tunggal Colin Kazim-Richards pada minit ke-72 sudah cukup untuk membawa Blackburn mara ke suku akhir.
Sementara itu, kelab dari Liga Kejuaraan, Millwall muncul pasukan pertama melangkah ke suku akhir selepas mudah menewaskan kelab bukan liga, Luton Town 3-0 di gelanggang lawan, malam tadi.
Jaringan menerusi James Henry pada minit ke-12, Rob Hulse (36) dan Dany N’Guessan (86) menyaksikan kelab divisyen dua dari selatan London itu berada di kelompok lapan terbaik buat kali pertama sejak mereka tewas final 2004 kepada Manchester United.
Pasukan yang sedang berada di zon penyingkiran Liga Kejuaraan, Barnsley pula mara ke suku akhir selepas menewaskan pasukan divisyen tiga, Milton Keynes Dons 3-1 di gelanggang lawan.
Barnsley mendahului dua gol menerusi Chris Dagnall pada minit ketiga dan Marlon Harewood minit ke-19 sebelum Dean Bowditch merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah, minit ke-61. Gol ketiga Barnsley dijaringkan Dagnall pada masa kecederaan.
Everton pula terpaksa mengharungi perlawanan ulangan di laman sendiri, 27 Februari ini selepas sekadar seri 2-2 dengan Oldham di tempat lawan, awal pagi tadi.
Oldham mendahulu menerusi Jordan Obita pada minit ke-13 sebelum Victor Anichebe menyamakan kedudukan pada minit ke-24. Everton mendahului menerusi Phil Jagielka pada minit ke-48 sebelum Matt Smith muncul penyelamat Oldham dengan jaringan penyamaan pada masa kecederaan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story